top of page

Kadang-kadang satu keadaan boleh bawa kita pada kebahagiaan yang sejati. Kadang-kadang satu niat buruk boleh bawa kita pada keikhlasan yang tak bertepi. Namun, jika tersilap haluan bersedialah membawa ke neraka dunia.

 

York menjadi saksi Akif dan Syadha bernikah tanpa rasa cinta, York juga menjadi saksi mereka saling jatuh cinta. Namun sekembalinya ke Malaysia.

 

“Nur Syadha Alani... I’m proposing to you to be my wife. My real wife.” – AKIF HAYYAN

 

Dalam pada hati tak rela, Syadha menuntut perpisahan. Tetapi dia tersilap haluan. Perpisahan dengan Akif telah membawa Syadha kembali ke jalan mati, yang selama ini mahu dia jauhi.

 

Keluarga yang sewajarnya menjadi tempat untuk berlindung, keluarganya juga yang tak sudah-sudah meracunnya dengan setiap kata dan perbuatan. Sungguh, setiap detik yang berlalu begitu menyeksakan apalagi tanpa Akif di sisi!

 

“Demi Allah, aku rindu kau sangat-sangat, Kif.” – Nur Syadha Alani

 

“Aku rindu kau juga. God, I miss you like crazy.” – Akif Hayyan

 

Syadha enggan melepaskan Akif. Lelaki itu ialah bahagia miliknya, yang takkan sesekali dia lepaskan. Tak kiralah tentangan daripada keluarganya atau terbongkarnya rahsia yang selama ini dipendam, Syadha nekad untuk pertahankan kebahagiaannya.

 

“Just lie to me. Shower me with your lies. Aku rela dibohong kau.” – Akif Hayyan

 

Benarkah ada sinar bahagia sebegitu yang menantinya? Bukankah hidupnya tidak bernilai, lahirnya membawa sial seperti yang diracun di fikirannya sejak dilahirkan?

 

“Sedar sikit kau tu anak tak dirancang. Aku tak nak kau, tapi kau tetap lahir juga! Cuba buat perangai elok sikit, jangan menyusahkan aku! Anak derhaka! Menyesal aku lahirkan kau!” – Puan Siti

Bahagia Milik Aku- Syu Ariani

RM28.00 Regular Price
RM22.40Sale Price

20% OFF

    bottom of page