top of page

Saat cita-cita menjadi salah seorang ‘geng pecah pintu’ tercapai, Umar Alhaidhar menyedari bahawa hidupnya sangat dekat dengan kematian.


Oleh itu bukan mudah bagi Umar mendedahkan ­identiti kepada orang awam termasuk kepada ­keluarga sendiri. Dia ceria dan perahsia dalam waktu bersamaan.


Tapi ketika bersama pasukan, setiap tindakan Umar mengungkapkan ketangguhan mental, tujuan dan tekad yang tak tergoyahkan. Segala parut yang ­terhasil ­daripada latihan intensiti tinggi dan ­operasi ­tersembunyi di sebalik ­uniform Umar. Hanya Megat Adri dan ­sahabat-sahabat Black Ghost yang mengetahuinya.


Sumpah perajurit komando yang dilafaz oleh Umar saat dianugerahkan beret hijau, menjadikan dia malas mencari cinta. Walau ada yang menyuakan diri. ­Bukan sembarangan perempuan boleh hidup bersamanya. ­Bertahun-tahun Umar tumpahkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan Rejimen. Sehinggalah dia bertemu seorang gadis. Sekali, tak sengaja. Dua kali, kebetulan. Tiga kali? Umar mula anggap gadis itu jodoh.


“Kenapa ak suka komando?” – UMAR ALHAIDHAR
“Sebab … ganas, gatal, kanibal! Jangan bagi tahu saya awak komando....” – MIKANADIRA
“Tak. Saya ‘askar pekak’.” – UMAR ALHAIDHAR


Tapi tuntutan tugas, memaksa Umar terpaksa ­melupakan si ­‘bunga yang wangi dan tercinta’.


Setelah para perwira menggadai nyawa ­mempertahankan kedaulatan negara sejak puluhan ­tahun lamanya, ada tangan-tangan ghaib membuka ­pintu kepada para ­bandit. Kuala Lumpur huru-hara.


Bagai halilintar, bersama para sahabat ‘Black Ghost’, Umar ­mempertaruhkan nyawa di ­Menara TRX.


Mampukah Kumbang menumpaskan musuh, ­melindungi orang awam dan kembali kepada ­bunganya?

Black Ghost #UmarAlHaidar

SKU: 9789674692070
RM29.00 Regular Price
RM23.20Sale Price

20% OFF

    bottom of page