top of page

Along sedar yang matanya tiada berhijab. Kesilapannya menegur seorang kanak-kanak perempuan di gigi jeram pada suatu senja telah menjerumuskan keluarga mereka dengan gangguan tanpa henti.

 

“Budak perempuan tu... dia ikut kita balik, ayah. Dia ada kat luar tu..”

“Lembaga tu selalu datang dalam mimpi Along. Dia kata dia Panglima Hitam.” - ALONG

 

Aminuddin mula mengesyaki kejadian itu pasti ada kaitan dengan keris pusaka yang dijagai Pak Long Sahak. Keris perjuangan yang sekian lama bermandikan darah.

 

“Benda-benda ni kita usah layan dia. Lagi kita layan, lagi dia suka kacau. Depa ni suka berbisik kepada kita, dalam sedar, dalam tidur, malah masa solat pun dia boleh bisik. Along kena banyakkan berzikir kepada Allah” – AMINUDDIN

 

Tanpa mereka sedari, seorang lelaki misteri sudah lama menjejaki keris pusaka yang sama. Dia sanggup lakukan apa sahaja bagi melunaskan janjinya dengan sang iblis durjana.

 

Apabila keris pusaka jatuh ke tangannya, siapakah mangsa seterusnya?

 

Aminuddin dan Along perlu menyekat terpatrinya perjanjian berdarah ini, yang sudah menyesat dan mengorbankan nyawa berdekad lamanya.

 

“Kamu akan dengar pelbagai bisikan selepas ini. Ingat! Jangan kamu percaya

 

Walaupun sepatah. … hijab kamu akan dibuka kepada pelbagai benda yang pasti akan menggeruhkan jiwamu!” - WAK PARDI

Darah Pujaan-Syauqie MK

RM26.00 Regular Price
RM20.80Sale Price

20% OFF

    bottom of page