top of page

Gadis beku seperti Haufa akan jatuh cinta? Tidak akan sesekali terjadi! Baginya, sisa hidup yang dia miliki hanya untuk melunaskan hutang dan dendam semata-mata. Namun angkara tersilap percaturan, Haufa harus terikat dengan perjanjian bodoh.

 

Panggil dia sejahat-jahat wanita, kerana gelaran itu memang selayaknya buat seseorang bernama Haufa. Perasaan Harith hanya sekadar alat permainan buat Haufa. Tiada belas kasihan. Tiada simpati. Tiada istilah ‘menjaga hati’.

 

“Kalau you lepaskan picu tu, I pun akan buat benda yang sama. You akan berkahwin dengan mayat I nanti!” — HAUFA AQIRA

 

“Kau terlambat, Haufa. Totally late.” —HARITH AZREL

 

Apa daya, keadaan nyata sudah berbeza. Tidak akan sama seperti dulu lagi.

 

Mengapa harus terciptanya pertemuan jika pengakhirannya adalah sebuah perpisahan?

 

Haruskah Harith dan Haufa mengorbankan keegoan mereka demi cinta?

 

Hanya kerana bayangan masa silam, tanpa sedar, sisa waktu bahagia mereka telah disiakan bertahun lama. Sebaliknya yang tersisa hanya kenangan.

 

Melupakan dan melepaskan bukan sesuatu yang mudah, untuk kali ini, biarlah satu kata yang dinanti menjadi nyata.

 

“Remember that I told you, few years ago? For now, can I say that... I did it?"

 

A true love never has an ending.

Satu kata kunanti-Nurnaein

SKU: 9789838222297
RM28.00 Regular Price
RM22.40Sale Price

20% OFF

    bottom of page