Bagaikan pedang yang ditempa derita, mengharungi hidup dengan keberanian seorang pejuang. Dia menahan segala pandangan sinis dunia. Wang mungkin bukan segalanya, tetapi segalanya memerlukan wang. Tetapi cinta? Apakah cinta itu satu keperluan bagi seorang wanita yang sudah terbiasa mengharungi hidup sendirian?
Bertahun dia melangkah sendiri, percaya bahawa cinta bukanlah sesuatu yang layak dimiliki oleh wanita sepertinya. Namun, garis takdirnya sering mengatur sesuatu yang di luar jangka.
"Aku tak kisah kau nak tipu ke apa. Tapi kalau aku tahu kau ada niat untuk pecah belahkan kami, aku takkan teragak-agak campak kau dari tingkat atas ni. Jangan cabar aku.” - Izzati Hanani
Kadangkala, masa lalu adalah hantu yang paling setia. Tidak pernah meninggalkan kita, walau diusir seribu kali.
“It’s so funny when you look so desperate. Tak tahu malu ke minta tolong orang yang kau cari pasal?” - Wafiy Hanafi
Adakalanya, untuk mencintai, kita harus rela membiarkan sebahagian diri kita mati. Di antara dua lautan; kesetiaan kepada ibu dan cintanya terhadap sang pujaan hati, terperangkap dalam dilema yang memerlukan pengorbanan.
Adakah cinta mereka kuat untuk mengatasi hasad yang meresap tanpa disedari, atau akankah mereka hancur oleh sesuatu yang lebih halus dan tidak nyata di mata, namun terus menghakis kebahagiaan?
Benarkah yang berani mencintai tanpa syarat adalah yang paling kuat?
Di dalam dunia yang penuh dengan tipu daya dan pengkhianatan, dia belajar bahawa kekuatan sebenar bukanlah berapa kali kita jatuh, tetapi kemampuan kita untuk bangkit semula.
“Promises are not measured by the eloquence of words, but by the steadfastness of actions.”
top of page
SKU: 9789838222860
RM33.00 Regular Price
RM26.40Sale Price
bottom of page