top of page

Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada balasan buruk bagi amal jahat yang dikerjakannya.

Surah Al-Muddaththir : Ayat 38

 

Keadilan tidak akan muncul selagi syaitan berjaya menghasut umat manusia.

 

Akibat curang dan serakah, nyawa insan yang tidak bersalah menjadi pertaruhan. Tragedi yang berlaku terhadap sebuah keluarga yang sangat bahagia menyebabkan ada kejadian yang tidak selesai dan menyimpan 1001 misteri yang sukar difahami.

 

Gangguan demi gangguan pada tengah malam menyebabkan dirinya tidak keruan. Dia cuba membongkar rahsia agar semua yang tersembunyi dapat diketahui. Malang sekali, usahanya menimbulkan halangan demi halangan yang boleh mengakibatkan penderitaan dan kematian yang maha dahsyat.

 

“Tadi aku nampak kat tingkat atas macam ada orang." – NASRUL

 

"Kalau betul rumah tu berhantu, kita minta dia pindah segera." - THINAGARAN

 

"Kau nak ke kena ganggu dengan teruk? Aku tak rasa apa yang kau cakap tadi berbaloi." - MUNIR

 

Mampukah pembunuhan itu dibongkar?

Kekalkah rahsia yang menjadi rahsia bila samar kematian semakin menghampiri?

 

Kisah itu terus dimomokkan sehingga malapetaka menimpa mereka yang cuba membongkar

 

Sesuatu yang tersembunyi itu. Muncul pembunuh berwatak ‘Undertaker’ yang menjadi igauan ngeri.

 

Dalangnya mahu rahsia itu kekal selamanya dan hanya satu cara sahaja yang dapat dilakukan iaitu... TANAM.

Tanam-Asraf Shaari

SKU: 9789838222518
RM23.00 Regular Price
RM18.40Sale Price

20% OFF

    bottom of page